Kaedah cantuman mata tunas adalah kaedah pembiakan secara aseksual.Kita menggunakan kaedah aseksual pada pokok getah kerana pookok getah menghasilkan biji benih hanya setahun sekali.Prinsip yang terlibat dalam mata tunas menggantikan pucuk daripada tumbuhan yang lain iaitu pokok penanti dengan pucuk yang lebih baik.
FAKTOR KEJAYAAN CANTUMAN MATA TUNAS
- Menggunakan mata tunas (scion) yang sihat
- Pastikan mata tunas dalam lingkungan umur yang betul
- Menggunakan pisau yang bersih dan tajam
- Melakukan cantuman pada waktu pagi atau petang
- Jangan ikat terlalu kuat
1.Buat tapak cantuman cantuman berukuran 2 inci,iaitu 1 inci dari paras tanah. Koyak atau tarikkan sedikit sahaja dahulu tapak cantuman untuk persediaan.
2. Sediakan kepingan mata tunas yang sama ukuran dengan tapak
3. Buka tapak,seterusnya selitkan mata. letakkan mata tunas dengan betul
4.Balut dengan tape plastik dan ikat dengan kemas
5. Periksa pada hari ke-14,sama ada cantuman berjaya atau tidak.Jika masih hijau menunjukan cantuman itu berjaya.Jika kering dan berwarna kehitaman bermakna cantuman tidak berjaya.
Video cara membuat cantuman mata tunas
No comments:
Post a Comment