Sunday, 26 February 2017

Tanaman Industri



Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Hari ini saya akan menceritakan mengenai tanaman industri di Malaysia. Tanaman industri di negara kita nieh boleh terbahagi kepada 2 iaitu getah dan juga kelapa sawit. Jadi, sebelum saya menceritakan lebih lanjut mengenai getah dan juga kelapa sawit ini kita semua mestilah mengetahui terlebih dahulu tentang definisi serta tujuan sebenar penanaman bagi kedua jenis tanaman ini.

Definisi tanaman industri

Tanaman industri adalah tanaman yang ditanam untuk menghasilkan barang yang akan digunakan dalam sektor pengeluaran, dan bukannya makanan untuk dimakan. Tanaman industri juga turut memberi kesan kepada ekonomi dengan menyediakan produk yang mengurangkan negara untuk import barang dari luar.

Tujuan tanaman industri

  • Meningkatkan pendapatan sektor ladang.
  • Menyediakan aktiviti pembangunan ekonomi di kawasan luar bandar.
  • Menyediakan produk yang boleh digunakan sebagai pengganti import dari negara-negara lain.
Image result for pokok getah
Pokok Getah
Image result for pokok kelapa sawit
Pokok Kelapa Sawit
                                          

Friday, 17 February 2017

Teknologi Akuaponik

AKUAPONIK


assalamualaikum,

harini saya ingin berkongsikan sedikit tentang teknologi akuaponik..



Teknologi akuaponik merupakan salah  satu alternatif yang dapat diterapkan dalam mengurangkan pengguaan air. Dalam  sejarah menyatakan bahawa orang suku Indian Aztec di Mexico juga dikatakan telah menanam tanaman di atas rakit pada permukaan danau circa. Orang-orang cina juga menggunakan pertanian bersepadu dengan pembinaan yang disebut sistem saliran untuk tujuan yang sama.


rajah 1.1


Akuaponik adalah tekknologi yang menggabungkan aktiviti ternakan ikan dengan jenis tanaman di dalam sistem pusingan air.Kitaran air ini mengandungi bahan nutrien atau air baja di mana ia di keluarkan oleh ikan atau yang dihasilkan oleh organisma mikrob bahan organik.Bahan ini boleh diserap oleh tanaman secara hidroponik iaitu tanaman tanpa tanah.(Rajah 1.2)

rajah 1.2 contoh sistem pusingan air (tanaman hidroponik)



rajah 1.3

Dengan menggunakan akuaponik juga dapat membantu para petani dalam mengurangkan penggunaan kos dalam pelbagai aspek seperti tenaga kerja, meracun, dan merumpai.Sistem ini juga tidak perlu lagi aktiviti penyiraman.Sistem akuaponik hanya menggunakan 2% dari keperluan air siraman berbanding dengan pertanian kovensional.Dalam sistem kovensional kebanyakan air yang disiram dibazirkan kerana air diserap oleh tanah dan tiada penggunaan semula seperti akuaponik,air digunakan semula oleh ikan.




Kebaikan menggunakan akuaponik
  • sistem akuaponik dapat mengurangkan penggunaan air berbanding dengan tanaman secara kovensyen.
  • hasil tanaman yang berkuliti dan kuantiti yang tinggi
  • kurang penggunaan racun dalam tanaman


sekian terima kasih








Wednesday, 15 February 2017

Teknologi Hidroponik

Apa itu Hidroponik


Hari ini saya akan menceritakan tentang teknik bercucuk tanam tanpa menggunakan tanah atau lebih mesra dikenali sebagai hidroponik. Walaupun teknik pertanian ini sudah lama dan mungkin sudah dikenali oleh ramai orang namun tak salah jika saya ingin menceritakannya semula di samping dapat meningkatkan lagi pengetahuan saya mengenai pertanian ini.

hohohohohohho

oleh itu, mari kita mulakan yaaaaaa...

Teknologi hidroponik ini ialah bercucuk tanam dengan meletakkan akar kedalam air baja tanpa menggunakan tanah dimana larutan baja tersebut sudah mempunyai khasiat tersendiri iaitu jumlah bagi makro dan mikro yang sangat diperlukan oleh tanaman untuk hidup suburrrr.

Medium bagi teknik ini ialah sabut kelapa, pasir, batu-bata pecah, habuk kayu dan lain-lain lagi digunakan. Dan saya ulang sekali lagi teknik ini 100% x guna tanah Okayyyyy

Contoh tanaman yang seringkali ditanam menggunakan teknik hidroponik ini ialah seperti jeng jeng jeng...

Sawi, kailan dan bayam
(boleh kata semua jenis tanaman singkat masa lar yer ataupun dalam bahasa pertanian depa sebot annual)


Image result for hidroponik

salah satu contoh hidroponik




Image result for hidroponik
yang nieh jelas sikit... Baru nampak apa itu hidroponik



Kelebihan Hidroponik


  • tidak memerlukan tanah
  • pemantauan pokok dengan melihat akarnya
  • tidak membazir baja
  • tidak perlu menyiram pokok
  • penyakit pokok dapat dikurangkan
  • tidak perlukan tenaga kerja yang banyak
  • hasil tanaman boleh dimakan keseluruhannya (bebas racun)

Kelemahan Hidroponik

  • tanaman akan mati jika sistem ini gagal
  • agak rumit menanam menggunakan hidroponik