assalamualaikum,
harini saya ingin berkongsikan sedikit tentang teknologi akuaponik..
Teknologi akuaponik merupakan salah satu alternatif yang dapat diterapkan dalam mengurangkan pengguaan air. Dalam sejarah menyatakan bahawa orang suku Indian Aztec di Mexico juga dikatakan telah menanam tanaman di atas rakit pada permukaan danau circa. Orang-orang cina juga menggunakan pertanian bersepadu dengan pembinaan yang disebut sistem saliran untuk tujuan yang sama.
rajah 1.1
Akuaponik adalah tekknologi yang menggabungkan aktiviti ternakan ikan dengan jenis tanaman di dalam sistem pusingan air.Kitaran air ini mengandungi bahan nutrien atau air baja di mana ia di keluarkan oleh ikan atau yang dihasilkan oleh organisma mikrob bahan organik.Bahan ini boleh diserap oleh tanaman secara hidroponik iaitu tanaman tanpa tanah.(Rajah 1.2)
rajah 1.2 contoh sistem pusingan air (tanaman hidroponik)
rajah 1.3
Dengan menggunakan akuaponik juga dapat membantu para petani dalam mengurangkan penggunaan kos dalam pelbagai aspek seperti tenaga kerja, meracun, dan merumpai.Sistem ini juga tidak perlu lagi aktiviti penyiraman.Sistem akuaponik hanya menggunakan 2% dari keperluan air siraman berbanding dengan pertanian kovensional.Dalam sistem kovensional kebanyakan air yang disiram dibazirkan kerana air diserap oleh tanah dan tiada penggunaan semula seperti akuaponik,air digunakan semula oleh ikan.
Kebaikan menggunakan akuaponik
- sistem akuaponik dapat mengurangkan penggunaan air berbanding dengan tanaman secara kovensyen.
- hasil tanaman yang berkuliti dan kuantiti yang tinggi
- kurang penggunaan racun dalam tanaman
sekian terima kasih
No comments:
Post a Comment