Apa itu Hidroponik
Hari ini saya akan menceritakan tentang teknik bercucuk tanam tanpa menggunakan tanah atau lebih mesra dikenali sebagai hidroponik. Walaupun teknik pertanian ini sudah lama dan mungkin sudah dikenali oleh ramai orang namun tak salah jika saya ingin menceritakannya semula di samping dapat meningkatkan lagi pengetahuan saya mengenai pertanian ini.
hohohohohohho
oleh itu, mari kita mulakan yaaaaaa...
Teknologi hidroponik ini ialah bercucuk tanam dengan meletakkan akar kedalam air baja tanpa menggunakan tanah dimana larutan baja tersebut sudah mempunyai khasiat tersendiri iaitu jumlah bagi makro dan mikro yang sangat diperlukan oleh tanaman untuk hidup suburrrr.
Medium bagi teknik ini ialah sabut kelapa, pasir, batu-bata pecah, habuk kayu dan lain-lain lagi digunakan. Dan saya ulang sekali lagi teknik ini 100% x guna tanah Okayyyyy
Contoh tanaman yang seringkali ditanam menggunakan teknik hidroponik ini ialah seperti jeng jeng jeng...
Sawi, kailan dan bayam
(boleh kata semua jenis tanaman singkat masa lar yer ataupun dalam bahasa pertanian depa sebot annual)
![]() |
salah satu contoh hidroponik |
![]() |
yang nieh jelas sikit... Baru nampak apa itu hidroponik |
Kelebihan Hidroponik
- tidak memerlukan tanah
- pemantauan pokok dengan melihat akarnya
- tidak membazir baja
- tidak perlu menyiram pokok
- penyakit pokok dapat dikurangkan
- tidak perlukan tenaga kerja yang banyak
- hasil tanaman boleh dimakan keseluruhannya (bebas racun)
Kelemahan Hidroponik
- tanaman akan mati jika sistem ini gagal
- agak rumit menanam menggunakan hidroponik
No comments:
Post a Comment